Assalamualaikum. hai hei hoo, haaaaaa lama tak dtg sini. huh, busy semedang! Okey, malas nak taip panjang-panjang just nak cakap yang tetiba tergerak hati nak menulis. Sebelum ni tak pulak. entah kenapa bila nampak contest ni terus nak masuk. Hati yang suruh okey! keyy, enjoy. Maaf salah silap. Yang baik semua dari Allah, yang buruk dari saya sendiri.
************************************************************************
Aku terkaku. Mata kami saling beradu. Bagaikan dunia
ini hanya ada aku dan dia. Daripada matanya dapat aku rasa yang dia amat
merindui aku.
“Mummy, that uncle had save me. Thank you
uncle!” Emmel hala jari telunjuknya ke arah Haydar. Ya, dia Haydar. Insan
yang pernah menjadi boyfriend aku
dulu. Entah kenapa hati aku berdebar. Terkejut barangkali melihat si dia.
Haydar memakai kemeja yang disinsing di lengan, berseluar slack berwarna hitam,
dan sebelah tangan memegang kot dan briefcase.
Seperti baru selesai menghadiri mesyuarat. Mungkin. Dan seperti selalu, dia
tetap dengan segak walaupun kelihatan kepenatan. Agak lama dia sehingga dia
berdehem untuk menyedarkan aku yang kelihatan khusyuk meneliti dia. Dengan
pantas aku alihkan wajah ke arah Emmel. Aku istighfar dalam hati.
“Thank you for
saving her”. Aku nampak Haydar angguk sikit.
“My pleasure.”
Aku tahu mata dia tak lepas tengok aku.
“Mummy,
where’s daddy? I miss him.” Ucap Emmel sambil menggosok matanya. Aku lap
pipi dia yang ada kesan airmata. Tak ada niat pun aku nak marah dia. Cuma nak
bagi dia pengajaran. Salah aku juga kerana terleka tadi.
“Wait for
minute ya sayang. Daddy is on the way here.” Kasihan Emmel. Aku peluk dia
kemas.
Aku tahu Haydar masih tak lepas tengok aku. Terasa
janggal pula nak menegur setelah sekian lama aku tak jumpa dia. Teringat
peristiwa di airport dulu. Kenapalah aku boleh buat begitu. Aku automatik
menggeleng kepala.
“Why Hana? It’s
something bothering you? Maybe it’s me? it’s been long since I had met you
Hana. You look different. Because of me, maybe?”. Soalan demi soalan.
Haydar kelihatan tenang. Emmel yang dalam dukungan aku tadi merengek meminta
aku letakkan dia di bawah. Nak bermain bola katanya. Aku biarkan tapi Emmel
tetap dalam pengawasan aku. Aku tarik nafas panjang sebelum menjawab soalan
Haydar.
“Nothing
actually. Yeah, lama kita tak jumpa. Different me because of you? No, I’m still the old Hana but with new soul, maybe?
So, what brings you here?” Malas nak cakap pasal perasaan ni. Aku pandang
sekeliling. Kot-kotlah girlfriend dia
ada sekali. Kang tak pasal-pasal aku kena sound.
Tapi tengok macam dia sorang je
kat sini. Biarlah. Buat apa aku nak kisah kan? Move on Hana!
“Oh, hmm I baru habis meeting. Saja nak jalan-jalan dekat sini. Tiba-tiba Nampak lil’ girl berlari ke arah jalan mengejar
bola. Nasib baik I cepat selamatkan dia. Tertanya juga I, ibu mana yang lepas
tangan ketika anaknya sedang bermain. Nak je I bagi ceramah free dekat ibu dia. I don’t know it was you Hana. ” Mata
Haydar mengerling sekilas kepada Emelyn. Kemudian kembali memandang aku. “I
rindu you Hana. Rindu semua kenangan kita. I
want to do the crazy thing again Hana. But it won’t be same without you. You
already have a special place in my heart Hana, remember?” Haydar memandang
aku sayu. Ayat yang pernah dia cakap kat aku. Haruslah aku ingat. Oh Hana! Please don’t fall!
Yelah, aku terleka sekejap on-the-phone dengan Hani.
Aku senyum. Tak tahu nak balas apa. Entah, bila ingat balik rasa berdosa aku.
Aku pernah dipegang oleh Haydar, pernah berada dalam pelukannya. Entah mengapa
baru aku sedar. Manusia, buat kesilapan dulu baru sedar diri tu salah. Ya,
manusia tu adalah aku. Astarghfirullah…
“It won’t be
the same again Haydar. Awak ada kehidupan awak dan saya tengah mencari
kehidupan saya. And now I’m happy with my
life.” Ya, aku gembira sekarang. Dengan kehadiran Emmel yang tiba-tiba.
Mungkin itu satu proses mematangkan aku. Duduk dengan Fawwaz sekeluarga
mengajar aku apa yang aku sia-siakan dalam kehidupan aku.
Aku nampak Haydar mengeluh sikit. Seperti terkesan
dengan apa yang aku kata. Lama kami berdiam. Dalam hati aku punyalah berdebar
sampai menyeru nama Fawwaz. Rasa tak selesa dengan Haydar begini. Lambatlah pulak
si Fawwaz ni. Aku mengeluh sikit.
Tak lama kemudian terdengar derap langkah kaki
seseorang kat belakang aku. “Hey Emmel, Hana, assalamualaikum”. Terdengar suara
Fawwaz di belakang aku. Panjang umur dia. Aku jawab salam Fawwaz dalam hati.
Aku tengok Fawwaz, baju kemeja yang masih kemas di badan disinsing ke paras lengan. Nampak lebih
santai dan lebih macho sebenarnya. Isk! Kenapa dengan aku ni? Terdengar Haydar
juga menjawab salam Fawwaz.
“Daddy!”.
Jerit Emmel sambil ketawa. “Waalaikumussalam daddy!” Emmel cepat hulurkan tangan tanda menyuruh Fawwaz mengambil
dia. Pipi Emmel dicium. Nampak yang Fawwaz ni sayang sangat dekat Emmel. “Jom
balik, nenek masak yang istimewa untuk Emmel”. Kata-kata Fawwaz menyebabkan
Emmel menepuk tangan dengan gembira. Yelah, dia makan chocolate brownies je
tadi. Apelah sangat. Itupun dia suap aku sikit.
Haydar hanya melihat situasi kami ibarat sebuah
keluarga yang bahagia. Ya, aku memang bahagia sejak aku menjadi ‘mummy’ kepada Emmel. Kalaulah Haydar
tahu apa yang terjadi, kalaulah Haydar tahu apa yang ada dalam hati aku. Fawwaz
mengerling aku sikit selepas itu memandang Haydar. Tiba-tiba Fawwaz menegur
Haydar, menyampaikan tangan untuk berjabat. “Hai, so you are Syed Haydar right? CEO Nazim Construction. Yeah, I’ve heard
a lot about you. So, would you like to join us for dinner?” Alahai,
tolonglah jangan ajak Haydar. Mahu aku makan dalam bilik nanti. Aku hanya
memandang mereka.
“Yes, I am. You
Fawwaz right? Syarikat The Edge Properties kan? I pun banyak tahu pasal you. Dinner?
I would love to but I got to go. I’ve got to catch my plane tonight. Maybe next
time perhaps?” Senyum. Kata-kata Haydar melegakan aku. Aku pandang Fawwaz,
tapi dia pandang aku pelik. Biarlah kat dia.
“Oh okay. Next
time. So, kami pergi dulu. Lagipun anak saya ni lapar. Jom Hana,
assalamualaikum Haydar.” Mereka sempat bertukar kad. Fawwaz sudah mula mengorak
langkah. Aku hanya tunduk sikit pada Haydar tanda mahu pergi. Tapi lengan aku
dipaut oleh Haydar. Fuh, nasib baik berlapik. Aku memandang dia dengan
mengangkat kening sedikit. Dia dekat pada aku untuk berbisik.
“You’re like drug for me Hana. Everytime, everywhere
reminds me of you Hana. Remember my words, if destiny bound us together again, I’ll
never let you go.” Tajam mata dia melihat aku. Entah kenapa aku rasa kata-kata
dia kedengaran amat serious. Haydar lepas tangan aku dan mula pergi. Aku termangu.
Seperti sesuatu akan berlaku kelak. Tangan aku letak kat dada sambil
beristighfar… Allah.
Teringat kata-kata hikmah,
Bila ditimpa ujian
demi ujian, bersabarlah.
Pejamkan mata, genggamkan tangan, lalu pujuk
diri;
"Allah uji aku sebab Allah sayang aku. Lagi
berat Allah uji, lagi tinggi kasih sayang Allah. Dan dengan kasih sayang Allah
jua lah aku mampu menghadapi ujian ini!"
Ingatlah,
Laa yukallifullahu nafsan illa wus’aha,
"Allah tidak membebani seseorang di luar
kemampuannya."
(QS. Al-Baqarah:286)
Aku mengorak langkah untuk pulang. Aku yakin, Allah
selalu ada dengan aku.
************************************************************************
Let's keep ourselves reminded.
We are never alone.
Kita ada Dia,
Selalu. Sentiasa.
Sekian.
XOXO D .